|
Rumah saya terletak di sebuah bandar yang indah sekali--Hillcity (Ipoh). Rumah saya merupakan sebuah banglo yang terletak di Buntong, sebuah kampung di Ipoh. Rumah saya ialah rumah setingkat. Halaman rumah ada satu kolam dan bukit palsu yang kecil. Ia merupakan satu tempat rekreasi untuk keluarga saya. Selain itu, rumah saya ada 5 bilik, 3 bilik air, 2 ruang tamu, dan 1 dapur. |
Kampung halaman saya adalah sebuah bandar yang indah, iaitu Ipoh yang digelarkan sebagai Hillcity. Ini kerana Ipoh ialah sebuah bandar yang dikelilingi oleh banyak bukit. Selain itu, bandar ini terkenal dengan gua-gua dan "TONG" (dalam bahasa Mandarin) seperti Sam Poh Tong, Nan Tien Tong, Kek Lok Tong, dan sebagainya. |
| Dalam konteks kamus, HOUSE merupakan
bangunan untuk manusia tinggal manakala HOME ialah satu
tempat tinggal untuk sesebuah keluarga yang dipenuhi degan rasa
cinta dan saling sayang-menyayangi antara ahli keluarga. FOR MORE DETAIL... >> HOME AND HOUSE |
|
| Nama Kursus :
Pengantar alam bina &
penempatan manusia. Dengan kursus ini, saya boleh mengetahui tentang peranan-peranan dan objektif-objektif bagi pihak yang terlibat dalam alam bina. Selain itu, kita dapat mengetahui undang-undang yang berkaitan dan apakah bentuk-bentuk alam bina di pelbagai skala termasuk petempatan manusia seperti kampung, bandar, dan sebagainya. Saya harap boleh menambahkan ilmu saya tentang peranan-peranan sebagai seorang arkitek dan mengaplikasikannya dalam kerjaya pada masa depan. Selain itu, saya berharap boleh menanamkan fikiran yang positif supaya jadi seorang arkitek yang berjaya serta tidak bakhil dan bukan seorang penghancur alam. |
Name
: Low Kah Yean Email address : dory_fish99@hotmail.com |